BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

Pengenalan Kepada 8 Gaya Hidup Rakan Muda

Tiga komponen utama: Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti.



Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat muda akan diasah dan dimantapkan lagi bagi mewujudkan lebih banyak tenaga muda yang terlatih dan ceria serta mahir.

Kreatif, Inovatif dan Mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju.

Ahli korporat dan ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang.

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Dengan program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam, dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu.

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Insan yang berkualiti dan berperibadi mulia akan dilahirkan melalui program kemasyarakatan yang dijalankan.

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian Teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dari minda daripada pengaruh negatif, pasti menjamin keperibadian mulia generasi muda.

Dengan menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan integrasi kaum di antara golongan muda dan masyarakat.

0 comments: