BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

Program Masyarakat dan Kesukarelaan

Pada 18 oktober 2009(ahad)bertempat di Masjid Al-Amin Batu3 MPS telah di adakan Program Masyarakat Dam Kesukarelaan Rakan Muda Anjuran Penggerak Rakan Muda Sandakan dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Sandakan.
Program di mulakan dengan sesi pendaftaran para peserta.Program ini telah di sertai oleh seramai 54 orang peserta. Peserta Lelaki
Peserta Perempuan
Para Peserta
Majlis Perasmian bermula seawal pukul 9.00am yang telah di rasmikan oleh Ahli Perlimen Sandakan iaitu Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong dan diiringi oleh Pegawai Belia Dan Sukan(P) En.nurfahizan Bin Apandi.

ucapan perasmiaan dari Datuk Liew Vui Keong


Wakil surau
En.Nurfahizan memberikan cendramata kepada Datuk Liew vui Keong
Datuk Liew vui Keong bermesra-mesra dengan para peserta
Selepas acara perasmian dan minum pagi berakhir.Program di teruskan dengan sesi ceramah kesihatan yang dijemput khas dari hospital Duchess of Kentiaitu En.Fazri Baharudin.
Para peserta diberi pendedahan mengenai cara menjaga kebersihan dengan cara yang betul dan kepentingan menjaga kebersihan dalam kehidupan harian.Seperti yang kita tahu,terdapat pelbagai jenis penyakityang melanda negara kita sepetri H1N1 yang masih hangat diperkatakan sehingga kini.Gejala ini dapat di elakkan dengan menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran rumah kita.
Program diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong di kalangan peserta dan juga urus setia.
Pengerusi turun turun padang..
Gosok jangan tak gosok...

rajin nya adik-adik ni kn..
Penat ka??
Program berakhir dengan acara fotografi bersama peserta....

Pengenalan Kepada 8 Gaya Hidup Rakan Muda

Tiga komponen utama: Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti.



Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat muda akan diasah dan dimantapkan lagi bagi mewujudkan lebih banyak tenaga muda yang terlatih dan ceria serta mahir.

Kreatif, Inovatif dan Mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju.

Ahli korporat dan ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang.

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Dengan program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam, dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu.

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Insan yang berkualiti dan berperibadi mulia akan dilahirkan melalui program kemasyarakatan yang dijalankan.

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian Teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dari minda daripada pengaruh negatif, pasti menjamin keperibadian mulia generasi muda.

Dengan menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan integrasi kaum di antara golongan muda dan masyarakat.